Rabu, 27 Mei 2009

Akhbar Minggu Ini

Bukti Ustaz Akhil nikah Waheeda
Oleh: M Rozi Hassan
KUALA LUMPUR: Seorang pendakwah bebas mendakwa mempunyai bukti bahawa Ustaz Akhil Hayy, 40, sudah berkahwin dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab atau Waheeda Wassini, 31, kira-kira tiga bulan lalu.
Pendakwah itu mendakwa kenal jurunikah yang menikahkan pasangan itu serta lokasi majlis akad nikah pasangan itu berlangsung.
“Saya hampir 10 tahun kenal Ustaz Akhil. Pendek kata, luar dalam semua saya tahu tentang rahsia Ustaz Akhil.
“Berita dia kahwin dengan Waheeda pun dalam pengetahuan saya dan dia tidak boleh sorok dengan saya,” katanya yang mengaku bersahabat baik dengan pengacara itu.
Desas-desus menyatakan Ustaz Akhil berkahwin dengan Waheeda sudah lama tersebar namun pasangan itu menafikan sekeras-kerasnya.
Tindakan pasangan itu menafikan hubungan mereka bukan saja menimbulkan tanda-tanya di kalangan peminat, malah isteri Ustaz Akhil, Maizawati Zainal, 33, tidak dapat menghidu rahsia suaminya.
Maizawati dalam pendedahannya di sebuah stesen TV baru-baru ini berkata, Ustaz Akhil pernah meminta izinnya untuk berkahwin dengan Waheeda, namun dia tidak tahu sama ada suaminya itu sudah berkahwin atau tidak.
Maizawati kini menuntut cerai daripada Ustaz Akhil untuk membina kehidupan baru, disebabkan suaminya sejak Februari lalu tidak pulang ke rumah dan hilang tanpa khabar berita.
Mengulas kemelut rumah tangga pendakwah itu, penceramah bebas itu menasihati Ustaz Akhil supaya tampil mengumumkan perkara sebenar hubungannya dengan Waheeda bagi mengelak tanggapan lebih buruk oleh masyarakat.
“Pasangan itu tidak perlu menyembunyikan pernikahan mereka kerana cara itu bukanlah langkah yang bijak .
“Sampai bila mereka hendak berbuat demikian sebab mereka bukannya buat maksiat,” katanya.

Sabtu, 23 Mei 2009

Hujung Minggu...











Masa untuk bekerja
Satu daripada aktiviti sukan yang mendapat sambutan ialah bola tampar. Sukan ini bagaimanapun perlukan masa untuk diperbaiki dan diperkemaskan.
Trio bola tampar, Sdr Zaidi, Sdr Firdaus dan Sdr Azlin meluangkan masa memasang tuil bagi memudahkan jaringan di buka dan dipasang.
Sebelum itu gerak kerjaya gotong royong bermula jam 9.00 pagi bagi membersihkan bangunan kosong di belakang dewan komuniti bagi menempatkan pejabat baru PPSI.
Selain itu beberapa kerja pembersihan tapak sukan untuk kelihatan selamat dan dapat bermain dengan lapang. ramai antara sahabat PPSI yang terlibat. Apapun diucapkan jutaan terima kasih kerana meluahkan masa.
Barangkali kalau ada modal bolehlah pasang lampu simbah untuk bermain pada malam hari atau disediakan kerusi batu untuk duduk menyaksikan perlawanan.
TERBARU!
Sdra Zali dari D516 telah menyumbangkan dua spotlight yang dipasang pada dinding Dewan Komuniti bagi memudahkan latihan bola tampar atau sepak takraw pada malam hari. Terima kasih kepada Sdr Zali atas sumbangan berharga itu dari seluruh ahli Kelab Sukan dan Sosial PPSI.
Jika Biro Sukan mempunyai bajet, apa kata di bina penjalan kaki refleksi sejauh 50 meter. Tentu ramai yang sanggup melabur dalam projek mini ini...komen sikit Sdr Fahmi dan Sdr Amir!

Mutiara Minda!

Fikir-fikirkanlah...
- DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Khamis, 21 Mei 2009

Sekelumit kata!

Terbuku dihati seorang bapa...
"Kami saling berpegangan tangan dan menatap mata satu sama lain tanpa sepatah kata. Kata-kata tidak diperlukan lagi. Dalam kebisuan itu, hanya hati-hati kami yang berbicara." - RKP

Rabu, 20 Mei 2009

Akhbar Minggu Ini!



Kisah Panas Mingguan Warta Perdana edisi terbaru di pasaran!
JIKA anda gemar membaca kisah sensasi, akhbar Mingguan Warta Perdana edisi terkini memaparkan berbagai kisah yang patut anda baca.
Inilah muka depan akhbar Mingguan Warta Perdana yang meraikan ulang tahun ke 21 pada tahun ini.
Untuk maklumat lanjut anda boleh kunjungan laman sesawang www. perdanaonline.com.my selain itu anda juga boleh muat turun resipi dan sebagainya.
Selamat membaca.

Lawak Minggu Ini!

Jom Ketawa!

Thank you, seveeeen!

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru aje pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye.
Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab dah terlewat, sambil membawa beberapa barang. Sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh.
Habis jatuh barang yang dibawanya. Mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.
Pemuda: (inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa Inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh: Oh, I'm sorry
Pemuda: It's ok, never mind. Thank you.
Mat salleh: Thank you too.
Pemuda: ( hmm..lepas two, mesti three ) Thank you three.
Mat salleh: ( hairan ) What for?
Pemuda: ( four..four hmm five ) Thank you five.
Mat salleh: Are you sick?
Pemuda: ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut )
Sambil mengambil barangnya pemuda itu pun berteriak dari jauh, thank you seveeen! Bye-bye.
Mat salleh: Bingung!

Selasa, 19 Mei 2009

Aktiviti!






















JOM BERIADAH...
TANPA kemudahan yang serba lengkap, namun tetap berlangsung pertandingan bola jaring persahabatan antara pasukan Subang Impian dengan Pasukan Subang Murni.
Begitu juga dengan latihan pasukan bola tampar yang sibuk membuat persiapan bagi menghadapi perlawanan persahabatan yang diadakan kelak.
Tidak terkecuali pasukan sepak takraw bulat yang terus berlatih bagi memantapkan pasukan sukan Persatuan Penduduk Subang Impian.
Pasukan badminton yang menjadi 'penghulu' semua aktiviti sukan penduduk sejak beberapa bulan lalu, masih meneruskan latihan di dalam Dewan Komuniti Subang Impian, saban malam.
Komitmen semua penduduk yang terlibat yang diketuai oleh Sdr Mohd Fahmi dan Sdr Muzamir dari Biro Sukan dan Sosial. Tahniah juga kepada beberapa lagi sahabat antaranya Sdr Hisham, yang meneraju aktiviti sukan Subang Impian.
Bagaimanapun paling mendukacitakan, persekitaran yang kurang selesa, kemudahan rekreasi yang 'zero', lokais yang sempit sehingga terpaksa memecaha pembahagi jalan - semuanya semata-mata demi keseronokan dan semangat kesukanan.
Tahniah, teruskan usaha gigih anda!