Rabu, 27 Mei 2009

Akhbar Minggu Ini

Bukti Ustaz Akhil nikah Waheeda
Oleh: M Rozi Hassan
KUALA LUMPUR: Seorang pendakwah bebas mendakwa mempunyai bukti bahawa Ustaz Akhil Hayy, 40, sudah berkahwin dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab atau Waheeda Wassini, 31, kira-kira tiga bulan lalu.
Pendakwah itu mendakwa kenal jurunikah yang menikahkan pasangan itu serta lokasi majlis akad nikah pasangan itu berlangsung.
“Saya hampir 10 tahun kenal Ustaz Akhil. Pendek kata, luar dalam semua saya tahu tentang rahsia Ustaz Akhil.
“Berita dia kahwin dengan Waheeda pun dalam pengetahuan saya dan dia tidak boleh sorok dengan saya,” katanya yang mengaku bersahabat baik dengan pengacara itu.
Desas-desus menyatakan Ustaz Akhil berkahwin dengan Waheeda sudah lama tersebar namun pasangan itu menafikan sekeras-kerasnya.
Tindakan pasangan itu menafikan hubungan mereka bukan saja menimbulkan tanda-tanya di kalangan peminat, malah isteri Ustaz Akhil, Maizawati Zainal, 33, tidak dapat menghidu rahsia suaminya.
Maizawati dalam pendedahannya di sebuah stesen TV baru-baru ini berkata, Ustaz Akhil pernah meminta izinnya untuk berkahwin dengan Waheeda, namun dia tidak tahu sama ada suaminya itu sudah berkahwin atau tidak.
Maizawati kini menuntut cerai daripada Ustaz Akhil untuk membina kehidupan baru, disebabkan suaminya sejak Februari lalu tidak pulang ke rumah dan hilang tanpa khabar berita.
Mengulas kemelut rumah tangga pendakwah itu, penceramah bebas itu menasihati Ustaz Akhil supaya tampil mengumumkan perkara sebenar hubungannya dengan Waheeda bagi mengelak tanggapan lebih buruk oleh masyarakat.
“Pasangan itu tidak perlu menyembunyikan pernikahan mereka kerana cara itu bukanlah langkah yang bijak .
“Sampai bila mereka hendak berbuat demikian sebab mereka bukannya buat maksiat,” katanya.

Sabtu, 23 Mei 2009

Hujung Minggu...











Masa untuk bekerja
Satu daripada aktiviti sukan yang mendapat sambutan ialah bola tampar. Sukan ini bagaimanapun perlukan masa untuk diperbaiki dan diperkemaskan.
Trio bola tampar, Sdr Zaidi, Sdr Firdaus dan Sdr Azlin meluangkan masa memasang tuil bagi memudahkan jaringan di buka dan dipasang.
Sebelum itu gerak kerjaya gotong royong bermula jam 9.00 pagi bagi membersihkan bangunan kosong di belakang dewan komuniti bagi menempatkan pejabat baru PPSI.
Selain itu beberapa kerja pembersihan tapak sukan untuk kelihatan selamat dan dapat bermain dengan lapang. ramai antara sahabat PPSI yang terlibat. Apapun diucapkan jutaan terima kasih kerana meluahkan masa.
Barangkali kalau ada modal bolehlah pasang lampu simbah untuk bermain pada malam hari atau disediakan kerusi batu untuk duduk menyaksikan perlawanan.
TERBARU!
Sdra Zali dari D516 telah menyumbangkan dua spotlight yang dipasang pada dinding Dewan Komuniti bagi memudahkan latihan bola tampar atau sepak takraw pada malam hari. Terima kasih kepada Sdr Zali atas sumbangan berharga itu dari seluruh ahli Kelab Sukan dan Sosial PPSI.
Jika Biro Sukan mempunyai bajet, apa kata di bina penjalan kaki refleksi sejauh 50 meter. Tentu ramai yang sanggup melabur dalam projek mini ini...komen sikit Sdr Fahmi dan Sdr Amir!

Mutiara Minda!

Fikir-fikirkanlah...
- DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Khamis, 21 Mei 2009

Sekelumit kata!

Terbuku dihati seorang bapa...
"Kami saling berpegangan tangan dan menatap mata satu sama lain tanpa sepatah kata. Kata-kata tidak diperlukan lagi. Dalam kebisuan itu, hanya hati-hati kami yang berbicara." - RKP

Rabu, 20 Mei 2009

Akhbar Minggu Ini!



Kisah Panas Mingguan Warta Perdana edisi terbaru di pasaran!
JIKA anda gemar membaca kisah sensasi, akhbar Mingguan Warta Perdana edisi terkini memaparkan berbagai kisah yang patut anda baca.
Inilah muka depan akhbar Mingguan Warta Perdana yang meraikan ulang tahun ke 21 pada tahun ini.
Untuk maklumat lanjut anda boleh kunjungan laman sesawang www. perdanaonline.com.my selain itu anda juga boleh muat turun resipi dan sebagainya.
Selamat membaca.

Lawak Minggu Ini!

Jom Ketawa!

Thank you, seveeeen!

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru aje pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye.
Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab dah terlewat, sambil membawa beberapa barang. Sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh.
Habis jatuh barang yang dibawanya. Mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.
Pemuda: (inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa Inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh: Oh, I'm sorry
Pemuda: It's ok, never mind. Thank you.
Mat salleh: Thank you too.
Pemuda: ( hmm..lepas two, mesti three ) Thank you three.
Mat salleh: ( hairan ) What for?
Pemuda: ( four..four hmm five ) Thank you five.
Mat salleh: Are you sick?
Pemuda: ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut )
Sambil mengambil barangnya pemuda itu pun berteriak dari jauh, thank you seveeen! Bye-bye.
Mat salleh: Bingung!

Selasa, 19 Mei 2009

Aktiviti!






















JOM BERIADAH...
TANPA kemudahan yang serba lengkap, namun tetap berlangsung pertandingan bola jaring persahabatan antara pasukan Subang Impian dengan Pasukan Subang Murni.
Begitu juga dengan latihan pasukan bola tampar yang sibuk membuat persiapan bagi menghadapi perlawanan persahabatan yang diadakan kelak.
Tidak terkecuali pasukan sepak takraw bulat yang terus berlatih bagi memantapkan pasukan sukan Persatuan Penduduk Subang Impian.
Pasukan badminton yang menjadi 'penghulu' semua aktiviti sukan penduduk sejak beberapa bulan lalu, masih meneruskan latihan di dalam Dewan Komuniti Subang Impian, saban malam.
Komitmen semua penduduk yang terlibat yang diketuai oleh Sdr Mohd Fahmi dan Sdr Muzamir dari Biro Sukan dan Sosial. Tahniah juga kepada beberapa lagi sahabat antaranya Sdr Hisham, yang meneraju aktiviti sukan Subang Impian.
Bagaimanapun paling mendukacitakan, persekitaran yang kurang selesa, kemudahan rekreasi yang 'zero', lokais yang sempit sehingga terpaksa memecaha pembahagi jalan - semuanya semata-mata demi keseronokan dan semangat kesukanan.
Tahniah, teruskan usaha gigih anda!














Isnin, 18 Mei 2009

Mesyuarat Pertama AJK PPTSI











Pelantikan Ketua Blok & Biro-Biro
Salam sejahatera.
Malam Sabtu lalu, tanggal 15 Mac 2009 berlangsung mesyuarat pertama ahli jawatankuasa (AJK) Persatuan Penduduk Taman Subang Impian yang diadakan di Dewan Komuniti Subang Impian.
Semua AJK yang dipilih pada Mesyuarat Agung Kali ke-4 yang diadakan pada 26 April 2009 lalu hadir di majlis ini. Kehadiran kesemua 19 orang AJK PPSI bagi sesi 2009-2010 memberi isyarat sudah sampai masanya PPSI bangkit dari tidur yang panjang.
Tahniah, semoga berjaya memantapkan semangat juang dengan komitmen yang berterusan. Inilah pasukan hebat yang telah berikrar memastikan PPSI akan menjadi platform membela nasib penduduk di Pangsapuri Taman Subang Impian.

19 AJK PPTSI sesi 2009-2010

PENGERUSI
WAN LOKMAN BIN WAN MOHD YUSOF, D215
TIMBALAN PENGERUSI
ZAZALI MOHAMED, B309
012-6920241 zaza_li@yahoo.com.my
BIRO PENERANGAN & PENERANGAN
SETIAUSAHA
AHMAD RIZAL BIN ISNIN, D116
TIMBALAN SETIAUSAHA
WAN ALWI BIN WAN MOHD ALIM, D407
012-6920241 wan.alwi.alim@gmail.com
BIRO AGAMA & KEBAJIKAN
BENDAHARI
MOHD FIRDAUS PHILIP, B321
017-2794002 mohdfird@yahoo.com
KETUA BLOK A
MOHD FAUZI BIN MAT ISA, A307
KETUA BLOK B & C
MOHAMED FAIZAL BIN ABDUL WAHAB, B111
KETUA BLOK D
KHAMIS BODIN, D512
KETUA BLOK E
ZAKARIA BIN NORDIN, E305
AHLI JAWATANKUASA
NORAINI BT.MAT ISA, E116
013-2970633 norainippsi@gmail.com
BIRO WANITA & PEMBANGUNAN KELUARGA

DANNY KYAIROEN NISA MOHD KAIRI, E208
019-3877293 nisappsi@gmail.com
BIRO WANITA & PEMBANGUNAN KELUARGA

SAINI BIN KULOP KECHIL (ZAINIZAA) , D511
016-2721582 zainizaa1pptsi@gmail.com
BIRO EKONOMI & PENDIDIKAN

THIAGARAJAH, E108
016-6834745 thiagarajahppsi@gmail.com
BIRO KESELAMATAN

RUSNAN YAACOB, E120
019-3039601 rusnan@sirim.my
BIRO AGAMA & KEBAJIKAN

MUHAMMAD FAHMI AHMAD, D214
013-3632349 muhammadfahmippsi@gmail.com
BIRO SUKAN & SOSIAL

SUHAIMI BIN MUSTAFA, E115
019-2552429 suhaimippsi@gmail.com
BIRO KESELAMATAN

MAZLAN BIN CHE HASSAN, D506
013-30466986 mazlanppsi@gmail.com
BIRO KESELAMATAN

MUZAMIR BIN ALI, D102
012-2335832 muzamirppsi@gmail.com
BIRO SUKAN & SOSIAL

SOBRI AHMAD, C104
012-2356909 sobrippsi@gmail.com
BIRO EKONOMI & PENDIDIKAN
CHIEW KENG SWEE
BIRO EKONOMI & PENDIDIKAN

Sementara itu di dalam mesyuarat pertama AJK PPTSI diadakan, persetujuan bagi pelantikan ketua Blok dan Biro mendapat reaksi hangat AJK. Setelah mengambil kira pandangan semua AJK yang hadir, enam Biro ditubuhkan bagi menyelaras dan memudahkan segala aktiviti persatuan di masa hadapan.
Inilah senarai lengkap Ketua Blok dan enam Biro sesi 2009-2010 yang ditubuhkan beserta mereka yang dilantik setelah mendapat kepercayaan penduduk Pangsapuri Taman Subang Impian bagi melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

KETUA BLOK

BLOK A
SDR MOHD FAUZI BIN MAT ISA, A307
016-3671351

BLOK B & C
SDR MOHAMED FAIZAL ABDUL WAHAD, B111
016-3127679

BLOK D
SDR KHAMIS BODIN, D512
017-6056424

BLOK E
SDR ZAKARIA BIN NORDIN, E305
016-2890736

ENAM BIRO YANG DITUBUHKAN IALAH

BIRO AGAMA & KEBAJIKAN
1) WAN ALWI WAN MOHD ALIM, D407
012-6920241
2) RUSNAN YAACOB, E120
019-3039601

SUKAN & REKREASI
1) MUHAMMAD FAHMI AHMAD, D214
013-3632349
2) MUZAMIR ALI, D102
012-2335832

KESELAMATAN
1) MAZLAN CHE HASSAN, D506
013-3046986
2) SUHAIMI MUSTAFA, E115
019-2552429
3) THIAGARAJAH, E108
016-6834745

EKONOMI & PENDIDIKAN
1) ZAINI ZAA, D511
016-2721582
2) CHIEW KENG SWEE
012-3088013

WANITA & PEMBANGUNAN KELUARGA
1) NORAINI BT MAT ISA, E116
013-2970633
2) DANNY KYAIROEN NISA, E208
019-3877293

PENERANGAN & PERHUBUNGAN
1) ZAZALI MOHAMED, B309
012-6920241
2) SOBRI AHMAD, C104
012-2356909

"Sekiranya ahli PPSI ingin menyampaikan atau berkongsi maklumat, sila hubungi mana-mana AJK Biro dan salurkan infomasi anda menerusi SMS atau email, subangimpianU5@gmail.com Insya-Allah, luahan anda akan mendapat tindakan dan perhatian segera."

Ahad, 10 Mei 2009

Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan


" Saya percaya bahawa kesemua 8 Nilai 1Malaysia – Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Pendidikan dan Integriti – paling penting kepada usaha bersama kita untuk menambah nilai kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun. Tiada mana-mana satu Nilai yang boleh dipenuhi dengan meninggalkan yang lainnya untuk membentuk 1Malaysia yang sebenar-benarnya. Sungguhpun kesemua Nilai ini telah lama dididik dalam budaya kita, penerapan Nilai-nilai ini mesti diperbaharui. Saya menyeru semua rakyat Malaysia agar menanam dan memupuk semua Nilai-nilai ini dalam amalan dan tindakan harian kita bukan sahaja di kalangan rakan dan taulan serta keluarga, malah juga di tempat kerja dan masyarakat keseluruhannya."
Kata Dato` Sri Mohd Najib dalam blognya http://www.1malaysia.com.my/ dan dalam laman web rasmi PM http://www.pmo.gov.my/