Selasa, 16 Jun 2009

Info Biro Sukan & Rekreasi

Peranan, Tanggung Jawab Biro Sukan & Rekreasi
Perpatah Arab yang berbunyi `Akal yang cergas datang dari badan yang sihat’. Dengan itu badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim samada apa sahaja profesyen yang dia ceburi.


Keterangan gambar: Pasangan serasi: Sdr Muhammad Fahmi, Sdr Muzammir pimpin Biro Sukan & Rekreasi


Oleh itu Islam amat menekankan agar peraturan dan panduan Islam di patuhi dalam semua aspek termasuk dalam aktiviti sukan yang amat di galakkan dalam Islam.
Marilah kita bersama-sama menggerakkan aktiviti sukan untuk kekuatan dan kesihatan badan agar dapat melahirkan minda yang sihat dan cergas untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat sebagaimana yang kehendaki oleh Pencipta yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui iaitu Allah SWT. Di waktu yang sama kita jangan lupa bahawa Allah sentiasa memperhatikan kita dan setiap perbuatan baik dan buruk yang kita lakukan akan di catit dan menerima balasan yang setimpal.
Tugasan yang akan dilaksanakan
1. Merancang dan melaksanakan aktiviti sukaneka/riadah dengan persetujuan persatuan.
2. Memastikan semua ahli terlibat dalam aktiviti sukan.
3. Memastikan jadual aktiviti sukan tersusun dan tidak bertindih dengan program lain.
4. Memastikan keadaan gelanggang/padang dan peralatan selamat untuk digunakan.
5. Memastikan alatan sukan mencukupi dan membuat laporan jika perlu.
6. Menguruskan rekod keluar masuk/pinjaman alatan sukan.
7. Melahirkan golongan pegawai-pegawai yang cergas dan mewujudkan suasana kerja yang sihat dan harmoni
8. Mengeratkan silaturahim dan semangat kesukanan yang tinggi antara semua anggota di jabatan, agensi-agensi dan sektor swasta
9. Mewujudkan golongan pegawai yang sentiasa bekerjasama, sepakat dan bertoleransi dalam urusan harian; dan
10. Mengatur acara-acara atau aktiviti sukan dan kecergasan setiap minggu atau bulan.
Sementara itu, Biro Sukan dan Rekreasi sedang merangka program sukaneka keluarga PPSI di kawasan padang berdekatan. Bagaimanapun ia masih diperingkat cadangan. Sekiranya anda mempunyai idea atau buah fikiran, bagi menjayakan program ini, atau ingin membantu menaja acara sukaneka ini, hubungi Sdr Muhammad Fahmi.
Biro Sukan dan Rekreasi ditubuhkan pada 12 Jun 2009, dipimpin oleh SDR MUHAMMAD FAHMI AHMAD (D214) 013-3632349 muhammadfahmippsi@gmail.com dan SDR MUZAMIR BIN ALI (D102) 012-2335832 muzamirppsi@gmail.com
Sekiranya ada kalangan ahli PPSI yang ingin meluahkan isi hati atau mencadangkan sesuatu ide memajukan biro ini, hubungi atau e-mel kepada mereka, apa yang tersirat, bila-bila masa. Komen yang positif, amatlah dialu-alukan.

Tiada ulasan: