Ceramah ilmu sempena Hari Ibu 2009 di Surau Saidina Abdul Rahman Bin Auf
MASIH tidak terlewat lagi bagi meraikan sambutan Hari Ibu 2009. Justeru itu insiatif Jawatankuasa Surau Saidina Abdul Rahman Bin Auf, Pangsapuri Taman Subang Impian, mengadakan majlis tersebut, amat dialu-alukan.
Perpatah Melayu ada mengatakan, hayunan buaian ibu, mampu mengegarkan dunia, sudah menjadi teras kepada kejayaan wanita khasnya kaum muslimah hari ini.
Oleh itu, majlis ini yang diadakan pada 14 Jun 2009, dengan diceriakan kehadiran penceramah bebas yang juga pendakwah terkenal, yang berbahagia, Ustazah Aminah Binti Ahmad, mampu merealisasi dan memantapkan lagi peranan para ibu di era 21 ini.
Difahamkam beliau akan menyampaikan isi ceramah berkisar pengorbanan para ibu dan peranan wanita Islam hari ini melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan tauladan kepada orang lain.
Program ini dijangka bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengah hari. Muslimin dan muslimat khasnya ahli Persatuan Penduduk Taman Subang Impian yang beragama Islam, dijemput memeriahkan majlis yang diadakan setahun sekali ini.
Mudah-mudahan, banyak manfaat dapat diperolehi sekiranya menghadiri majlis ilmu seumpama ini. Selamat berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan