SAYA HANYA MAMPU BERDOA
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon popular, Norwahidah Abdul Wahab atau Waheeda yang dikaitkan sebagai punca perceraian Akhil Hayy dan Maizawati Zainal enggan ‘mencampuri’ lagi isu pergolakan rumah tangga pasangan itu.
Beliau hanya berharap kebenaran dapat dirungkaikan tidak lama lagi.
“Saya hanya mampu berdoa dan melakukan solat hajat setiap malam supaya kebenarannya akan diketahui juga,” luah Waheeda ringkas.
Sementara itu, Akhil Hayy pula memberitahu wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh beliau akan cuba selesaikan kemelut rumah tangganya dengan Maizawati secara makruf.
“Saya tak nak bagi komen. Saya akan selesaikan dengan cara paling makruf.
“Saya akan buat yang terbaik dan telah dinasihatkan jangan perbesarkan isu ini,” kata Akhil.
Namun di sebalik riak tenang di wajahnya, hos program ‘Cafe Akhil Hayy’ itu sempat memberi komen sinis: “Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV.”
Tuntutan cerai yang dikemukakan Maizawati didengar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd Ridhuan Yusof, Selasa lalu.
Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan kepada 15 Julai depan disebabkan dokumen tidak lengkap.
Pendedahan Maizawati bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda sememangnya amat ‘panas’ apatah lagi bila Maizawati cukup ‘berani’ mengeluarkan kenyataan kepada media mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya itu sehingga dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.
Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku hubungannya dengan Waheeda.
Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan penyanyi itu kini apatah lagi Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.
Kata Maizawati lagi, dia terpaksa mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru.
Bagaimanapun pendirian Maizawati mulai goyah apabila kawan-kawannya menasihatkannya agar tidak meneruskan niat untuk bercerai.
“Apa pun tunggulah 15 Julai. Saya tak boleh cakap lagi. Ramai kawan-kawan nasihat jangan bercerai. Kata mereka, kalau minta cerai, saya kelihatan seperti tewas...,” kata Maizawati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan