Ahad, 26 Julai 2009

Ceramah Kesihatan H1N1 bersama Dr Prema













































JULUNG kali Biro Penerangan dan Kebajikan, Persatuan Penduduk Taman Subang Impian, mengadakan program seumpama ini.
Program Ceramah Kesihatan H1N1, mendapat sambutan baik dari penduduk, sejak awal bermulanya sesi ini.
Dr Prema T Rejendran, dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Kementerian Kesihatan Malaysia, bermurah hati meluangkan masa selama sejam menerangkan tentang peri pentingnya setiap orang mengetahui wabak H1N1 yang sedang menular di seluruh dunia, tidak terkecuali negara kita.
Menurut Dr Prema, jumlah kes di negara ini setakad 26 Julai 2009, seramai 1021 kes dengan kes import sebanyak 573 atau 48% dan kes bagi tempatan pula sebanyak 448 dengan satu kematian.
"Oleh saya meminta orang ramai sangat mementingkan soal kebersihan terutama membasuh tangan dengan betul. Cukuplah 20 saat membasuh tangan dengan menggunakan air yang bersih, sabun berubat, garu celah-celah jejari, tapak tangan dan belakang atau menggunakan posyen tangan.
"Sekiranya kita didapati dijangkiti sindrom H1Ni1 dan dikenakan kuanratin dirumah, elak berjalan-jalan atau keluar rumah dalam tempuh tujuh hari. Itulah tempuh pengeraman. Bagi kanak-kanak pula selama dua minggu," kata Dr Prema yang turut membuka soal-jawab kepada orang ramai mengenai perkara ini.
Menyingkap sejarah penyakit ini, Dr Prema berkata Selsema Spanish atau Spanish Flu mulai dikesan pada 1918 yang meragut berjuta nyawa dan selepas 40 tahun kemudian pada 1957 muncul kembali dan dikenali sebagai Asia Flu. Semasa wabak ini menular seramai 2 juta orang dilaporkan terkena virus ini.
Pada 1968, virus ini muncul lagi selepas 11 tahun dikenali sebagai Hong Kong Flu, membabitkan sejuta orang menderita virus ini. Dan 41 tahun kemudian iaitu pada 2009, muncul Mexico Flu dan virus ini muncul di negara ini yang dikenalpasti sebagai H1N1.
"Sekiranya batuk, demam, kurang selera makan, sakit kepada jangan ambil mudah. Segeralah ke hospital yang berdekatan," kata Dr Prema yang bergembira dapat berkongsi pengetahuan dengan penduduk Taman Subang Impian.
Kepada Biro Penerangan dan Kebajikan, tahniah, usaha kalian sangat berjaya.

Tiada ulasan: