Ahad, 26 Julai 2009

Siri Derma Darah 1































































































































































































































































































































































































































































































































































































Salam sejahtera.
Minggu ini Dewan Komuniti Subang Impian sibuk dengan aktiviti kemasyarakatannya. Biro Kebajikan dan Penerangan dengan kerjasama Persatuan Rakyat Sarawak cawangan Selangor dan Kuala Lumpur telah mengadakan program Derma Darah Siri 1.
Seramai 69 orang menjalani ujian kebolehan untuk menderma tetapi hanya 29 orang sahaja yang layak berbuat demikian.
Seramai lapan staf dan pegawai dari Tabung Darah Negara yang bertungkus-lumus melayani penduduk yang beratur untuk mendapatkan khidmat yang julung kali diadakan.
Apa yang menarik ialah Pengerusi PPTSI, Sdr Wan Lokman buat kali pertama menderma darah dan lebih menggembirakan darahnya itu adalah jenis O, iaitu darah yang memang sangat diperlukan. Selain beliau ada seorang dua lagi penduduk yang memiliki jenis darah O.
Di harapkan aktiviti ini dapat diadakan lagi iaitu enam bulan dari sekarang, kira-kira bulan Disember ini, insyallah.
Kepada semua penyumbang, tahniah kerana telah berjasa selain menambah koleksi sijil dan memenuhi catatan di dalam buku merah. Terima kasih atas komitmen semua...




















Ceramah Kesihatan H1N1 bersama Dr Prema













































JULUNG kali Biro Penerangan dan Kebajikan, Persatuan Penduduk Taman Subang Impian, mengadakan program seumpama ini.
Program Ceramah Kesihatan H1N1, mendapat sambutan baik dari penduduk, sejak awal bermulanya sesi ini.
Dr Prema T Rejendran, dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Kementerian Kesihatan Malaysia, bermurah hati meluangkan masa selama sejam menerangkan tentang peri pentingnya setiap orang mengetahui wabak H1N1 yang sedang menular di seluruh dunia, tidak terkecuali negara kita.
Menurut Dr Prema, jumlah kes di negara ini setakad 26 Julai 2009, seramai 1021 kes dengan kes import sebanyak 573 atau 48% dan kes bagi tempatan pula sebanyak 448 dengan satu kematian.
"Oleh saya meminta orang ramai sangat mementingkan soal kebersihan terutama membasuh tangan dengan betul. Cukuplah 20 saat membasuh tangan dengan menggunakan air yang bersih, sabun berubat, garu celah-celah jejari, tapak tangan dan belakang atau menggunakan posyen tangan.
"Sekiranya kita didapati dijangkiti sindrom H1Ni1 dan dikenakan kuanratin dirumah, elak berjalan-jalan atau keluar rumah dalam tempuh tujuh hari. Itulah tempuh pengeraman. Bagi kanak-kanak pula selama dua minggu," kata Dr Prema yang turut membuka soal-jawab kepada orang ramai mengenai perkara ini.
Menyingkap sejarah penyakit ini, Dr Prema berkata Selsema Spanish atau Spanish Flu mulai dikesan pada 1918 yang meragut berjuta nyawa dan selepas 40 tahun kemudian pada 1957 muncul kembali dan dikenali sebagai Asia Flu. Semasa wabak ini menular seramai 2 juta orang dilaporkan terkena virus ini.
Pada 1968, virus ini muncul lagi selepas 11 tahun dikenali sebagai Hong Kong Flu, membabitkan sejuta orang menderita virus ini. Dan 41 tahun kemudian iaitu pada 2009, muncul Mexico Flu dan virus ini muncul di negara ini yang dikenalpasti sebagai H1N1.
"Sekiranya batuk, demam, kurang selera makan, sakit kepada jangan ambil mudah. Segeralah ke hospital yang berdekatan," kata Dr Prema yang bergembira dapat berkongsi pengetahuan dengan penduduk Taman Subang Impian.
Kepada Biro Penerangan dan Kebajikan, tahniah, usaha kalian sangat berjaya.

Jumaat, 24 Julai 2009

Minggu Ke-2 Siri Motivasi Diri





























Minggu kedua menyaksikan lebih ramai anak-anak penduduk Taman Subang Impian menghadiri program Motivasi Diri & Teknik Menjawab Peperiksaan, yang diadakan di Dewan Komuniti Pangsapuri Taman Subang Impian.
Tenaga pengajar, Cikgu Mohammad Hafiz, memperkenalkan modul pengajaran dengan konsep audio-video kepada pelajar. Malam tersebut pendekatan bahasa Inggeris digunakan, bagi menanam minat dalam bahasa ini. Dan ternyata program ini mendapat sambutan yang hangat dari peserta dan ibu bapa. Turut hadir ibu bapa yang memberi sokongan kepada anak-anak mereka.
Terima kasih kepada AJIK Biro Wanita & Pembangunan Keluarga yang membant menyediakan minuman ringan dan kueh-mueh kepada peserta.
Insyallah, minggu depan, sesi minggu ketiga dengan topik yang lain dapat diadakan lagi.

Khamis, 23 Julai 2009

Renung-renungkanlah...

Kata orang apa ada pada nama atau angka. Tapi misteri disebaliknya, elok juga diteliti. Takkanlah dicipta sesuatu dengan sia-sia! Jadi, terpulanglah buat anda yang ingin berlibur sambil menilik diri sendiri, ada baik atau sebaliknya.

Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No.1
Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No.2
Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No.3
Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No.4
Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No.5
Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No.6
Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No.7
Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No.8
Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah No.9

No.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah No.4, 6 dan 8.
No.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em….bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah No.2, 5 dan 9.
No.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah No.6 dan 9.
No.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbangrasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah No.1 dan 8.
No.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan.Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah No.1 , 2 dan 9.
No.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah No.1, 3 dan 9.
No.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah No.2.
No.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah No.1 dan 4.
No.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka . Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.Pasangan ideal anda adalah No. 3, 5 dan 6.
Selamat menghitung!

Rabu, 22 Julai 2009

Tahniah Tempat Ke-4 Pertandingan Bola Jaring Lapan Pasukan


Salam sejahtera.
Tahniah kepada Pasukan Bola Jaring Taman Subang Impian (Impian S) yang berjaya menduduki tempat keempat daripada lapan pasukan bertanding dalam perlawanan persahabatan bola jaring antara taman-taman perumahan.
Pertandingan yang diadakan pada minngu lalu, berlangsung di Taman Subang Idaman, menyaksikan saingan sengit.
Ketua Pasukan, Puan Habibah Idin, menganggap kejayaan menduduki tangga keempat, sudah memadai.
"Kami akan berusaha dengan lebih gigih lagi dan berazam untuk tingkatkan latihan bagi menghadapi pertandingan pada di masa depan," kata Puan Habibah.

Emel Dari Penduduk


Drpd: shara eddysha9
Kpd: Pihak Berkenaan (JMC)

Assalaimualaikum ...

Ya,taman mainan di Subang Impian harus digantikan dan dinaiktarafkan untuk kemudahan semua. Apabila saya pindah rumah pada tahun 2007 (Blok E) memang amat mengecewakan apabila melihat keadaan padang mainan, bila hujan abis berlumpur.

Tiada kemudahan langsung... takkan pandang lihat aje ..atau biro-biro semua tak ada langsung keprihitanan untuk membaiki dan menyediakan tempat riadah cantik dan selesa.

Maaf ya saya cakap dari saluran wang asyik ke surau ada baik di salurkan sedikit ke taman riadah yg mana boleh di gunakan oleh semua pihak. Ini kerana taman riadah Subang Impian amat kusam sekali dan kesian untuk anak-anak bermain.

Saya ingin mencadangkan beberapa perkara, antaranya
1. Tempat mainan baru yang di mana buaian dan mainan lain di letak tempat kaki berwarna hitam agar anak tak jatuh bila bermain (kalu boleh biar besar, contoh kat taman reakasi)
2. Tempat pangkin berbumbung untuk ibu dengan anak kecil beriadah kesian kat anak-anak yang kecil berdukung kepanasan
3. Tempat laluan berbatu untuk refeklogi so ibu-ibu dengan bapa-bapa penat kerja boleh bersenam
4. Tong sampah. Kalau boleh, tolong disediakan agar orang tidak membuang sampah merata-rata.

Dengan ini barulah ada semangat kejiranan dengan adanya taman riadah yang selesa dan selamat digunakan untuk penduduk.

Salam. - (szwawa9@yahoo.com)