Isnin, 13 April 2009

Selamat Datang!







Salam sejahtera & Selamat Datang!
Tahniah kepada warga Pangsapuri Subang Impian yang kini mengorak langkah memantapkan kembali persatuan penduduk yang sedia ada.
Justeru itu dengan terbinanya blog ini dapat menjadi wadah mengisi berbagai maklumat, aktiviti dan sebagainya untuk dikongsi setiap pengunjung ke blog ini. Diharapkan blog ini akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin selain mesej utamanya mengeratkan salitulrahim kepada 400 keluarga dengan jumlah penduduknya dianggarkan 1,600 orang yang menjadi penghuni tetap di Pangsapuri Subang Impian yang mula diduduki sejak 2001.
Bagi mencapai maksud memantapkan kembali persatuan yang sudah hilang sentuhannya, mesyuarat agung persatuan akan diadakan pada 26 April 2009, Ahad, jam 9.00 pagi di Dewan Subang Impian bagi pelantikan ahli jawatankuasa baru.
Sokongan setiap warga penduduk meluangkan masa menghadiri mesyuarat agung ini, wajar dijadikan keutamaan selain kesempatan untuk berkongsi idea, saranan dan sebagainya.
Selamat datang dan selamat bersidang kepada semua penduduk semoga Allah SWT melapangkan urusan dan menjayakan transformasi sebagaimana hasrat mencapai matlamat sebuah persatuan yang komited serta berwawasan.

Tiada ulasan: