PEMILIHAN AJK PPSI 2009-2010Salam sejahtera.Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa baru Persatuan Penduduk Taman Subang Impian 2009-2010 yang dipilih melalui undian penduduk dalam majlis mesyuarat agung kali ke-4 persatuan yang diadakan di Dewan Komuniti Pangsapuri Subang Impian pada 26 April 2009, Ahad lalu.
Hampir dua ratus warga penghuni yang menghadiri mesyuarat ini yang disifatkan paling ramai berbanding dua tahun lalu.
Dalam mesyuarat tersebut antara perkara dibangkitkan ialah mengenai pendatang asing yang menyewa pangsapuri, soal tempat letak kereta, memelihara haiwan, yuran bulanan persatuan dan sebagainya.
Pengerusi PPSI Wan Lokman dalam menyampaikan amanat pertamanya, beliau bersyukur kerana sokongan penduduk menghadiri mesyuarat ini menunjukan sikap maufakat dan sekaligus memberi isyarat penduduk kembali bersatu dan mahukan perubahan.
"Saya harap permaufakatan ini akan terus kekal dan bersama-sama merealisasikan perubahan yang diinginkan," kata Sdr Wan Lokman, yang mengumumkan RM3 sebagai yuran bulanan, menyokong saranan ahli persatuan.
Beliau mencadangakn mesyuarat agung kali ke-4 ditangguhkan pada jam 11.40 pagi dan mendapat sokongan sebulat suara. Tahniah kerana anda meluangkan masa dan berkongsi idea serta memberi undian kepada yang layak memimpin persatuan ini bagi tempuh dua tahun.
Disenaraikan ahli jawatankuasa baru 2009-2010
Pengerusi:
SDR WAN LOKMANTimbalan Pengerusi:
SDR ZAZALI Setiausaha:
SDR RIZALPenolong setiausaha:
SDR WAN ALWIBendahari:
SDR MOHD FIRDAUS PHILIP
Ahli Jawatankuasa:
1. SDR MOHD FAUZI MAT ISA2. SDR CHEW3. SDR MOHAMAD FAIZAL ABDUL WAHAB4. SDR SOBRI AHMAD5. SDR MAZLAN CHE HASSAN6. SDR MUZAMIR ALI7. SDR MOHAMMAD FAHMI AHMAD8. SDR ZAKARIA9. SDR ADNAN10. SDR THIARAJAHPemeriksa Kira-Kira I:
SDR KHAMIS BODINPemeriksa Kira-Kira II:
SDR ZAINI ZAA