Ahad, 19 Julai 2009

Selamat Menyambut Ulang Tahun!

Salam sejahtera. Minggu ini dua warga penghuni Blok D menyambut ulang tahun mereka. Warga yang bertuah itu ialah Sdr Shahrul Nizam Mahmood (D501) pada 19 Julai dan Sdr Hemi Azwan Mat Noor (D312) pada 20 Julai.
Seluruh warga Blok D mengambil kesempatan mengucap tahniah dan semoga diberkati Allah sentiasa dengan pertunjukNya di dunia dan akhirat.
Selamat Menyambut Ulang Tahun!

Kelas Motivasi Diri














































Julung kali diadakan kelas motivasi diri dan bagaimana menghadapi peperiksaan telah berjaya diadakan di Dewan Komuniti, Taman Subang Impian, malam Sabtu lalu.
Kelas yang hadiri seeamai 40 pelajar anak warga penduduk Pangsapuri Taman Subang Impian, mendapat tunjuk ajar daripada Cikgu Mohd Hafiz.
Program mingguan ini, akan diadakan lagi pada 24 Julai, diikuti pada 31 Julai dan berakhir pada 7 Ogos ini. Kelas ini terbuka kepada semua anak warga penduduk dan adalah percuma.
Jika ibu bapa berminat, sila temani ana- amasing-masing pada malam Sabtu. Kelas akan bermula jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam.
Sepanjang dua jam, Cikgu Hafiz memberi pendedahan kepada peserta dengan berbagai teknik belajar dan berbagai aktiviti seperti aicbreaker, motivasi minda, bergerak secara berpasukan dan diakhirnya dengan berdoa agar menjadi insan berjaya.
Jumpa lagi, minggu depan. Insyallah.

Ahad, 5 Julai 2009

Rayuan!



Minta Buaian Taman Permainan diganti atau diperbaiki segera...
salam sejahetara.
Inilah yang sedang berlaku, di padang taman permaianan Taman Subang Impian, dua kanak-kanak ini terpaksa menelan air liur dan sekadar dapat memegang tali buaian yang sudah berzaman rosak dan tidak berganti.
Ibu bapa yang ditemui pernah meluahkan isi hati memohon Badan Pengurusan Bersama Taman Subang Impian mengambil tindakan segera demi anak-anak mereka dapat bermain dengan gembira.
Desakan ini wajar diambil tindakan segera memandangkan perkara ini sudah lama disuarakan di dalam mesyuarat persatuan dan Badan sejak sekian lama.
Komen anda?
Emel dari penggunjung blog ini disiarkan agar mendapat perhatian dari pihak yang berkenaan.
shara eddysha9
Assalaimualaikum ...
Ya,taman mainan di Subang Impian harus digantikan dan dinaik tarafkan utk kemudahan semua. Apabila saya pindah rumah tahun 2007 (block E) memang amat mengecewakan melihat keadaan padang mainan, bila hujan abis berlumpur.
Tiada kemudahan langsung... takan pandang lihat aje ..atau biro2 semua tak ada langsung keprihataan utk membaiki dan menyediakan tempat riadah cantik dan selesa.
Maaf ya saya cakap dari saluran wang asyik ke surau ada baik di salurkan sedikit ke taman riadah yg mana bole di gunakan oleh semua pihak. Ini kerana taman riadah subang impian amat kusam sekali dan kesian utk anak2 bermain.
Saya cadangkan buat semula taman dengan
1. tempat mainan baru yg dimana buaian dan mainan lain di letak tempat kaki berwarna hitam agar anak tak jatuh bila main (kalu bole biar besar cth kat taman reakasi)
2.tempat pangkin berbumbung utk ibu ngan anak kecil beriadah kesian kat anak2 yg kecik berdukung berpanas
3.tempat laluan berbatu utk refeklogi so ibu2 ngan bapa2 penat keje boleh bersenam
4. Tong sampah --kalu tak merata dorang buang sampah.
Dengan ini barulah ada semangat kejiranan ngan adanya taman riadah utk penduduk.
Salam. - (szwawa9@yahoo.com)

Khamis, 2 Julai 2009

Prograsif!




Keterangan gambar: Semakin produktif....




















Tiang, kerangka yang hampir siap...


Bermula Sabtu lalu, sehingga paparan ini dimuatkan, sudah masuk hari ke Jumaat, 4 Julai 2009, kerangka bangunan tambahan Surau Saidina Abdul Rahman Bin Auf, sudah disiapkan. Selepas ini, siling, bumbung dan dinding akan disempurnakan.


Nantikan, pergerakannya, dari hari ke minggu dan sehingga siap sepenuhnya!




Isnin, 29 Jun 2009

Notis!

Keterangan gambar: Motorsikal ini dapat ditemui di siar kaki lima Blok D.
Keterangan gambar: Motorsikal ini dapat ditemui di laluan masuk Blok C.




Keterangan gambar: Motorsikal ini dapat ditemui di siar kaki Blok C

Keterangan gambar: Motorsikal ini pula berada di tempat letak motorsikal Blok A.






Keterangan gambar: Motorsikal ini dapat dilihat di tempat letak motorsikal Blok C.



Keterangan gambar: Basikal dan motorsikal ini berada di tempat letak motorsikak Blok D.









Keterangan gambar: Motorsikal ini berada di tempat letak motorsikal Blok D.



Pemilik motorsikal, basikal digesa ambil tindakan segera
Sejahtera. Semasa program gotong-rotong Perdana, dua minggu lalu, isu motorsikal dan basikal yang diklasifikasikan sebagai 'tikun' menjadi buah mulut ahli PPTSI.
Para ahli PPTSI sepakat untuk menunda semua motorsikal dan basikal yang disiarkan di dalam blog ini di suatu tempat, sebelum dimusnahkan. Ini kerana ia kurang sesuai berada di tempat letak motorsikal. Selain itu ia juga menghalang motorsikal lain, dapat menggunakannya.
Dan paling serius kenderaan tikun ini boleh menjadi senjata senyap dan merbahaya kepada orang ramai termasuk kanak-kanak.
Jadi sebelum apa-apa perkara buruk terjadi, ahli PPTSI menggesa pemilik kenderaan terbabit diminta mengambil tindakan dengan mengalihnya di luar kawasan perumahan dengan segera.
Menurut hasrat ahli PPTSI, tempuh masa sebulan (30 hari) di beri kepada pemilik kenderaan untuk berbuat demikian, bermula dari tarikh siaran blog ini.
Selepas berakhirnya tempuh tersebut, tindakan akan diambil dengan mengumpul semua motorsikal, basikal dan diletakkan di suatu tempat berhampiran pejabat PPTSI. Disiarkan foto beberapa motorsikal (barang kali ada yang terlepas pandang) yang dikategori sebagai barang buangan, bagi memudahkan pemilik asal mengambil tindakan segera.
Harap maklum!

Ahad, 28 Jun 2009

Naik Taraf!

keterangan gambar: Sedang dalam proses menaiktaraf anjur surau. Gambar dirakam pada hari Ahad, 28 Jun lalu.



Keterangan gambar: Masih pertingkat tanam cerusuk...


Anjung Surau Saidina Abdul Rahman Bin Auf dinaiktaraf
Salam sejahtera. Bermula Sabtu, 27 Jun lalu kontrak membina Anjung Surau Saidina Abdul Rahman Bin Auf, kini memasuki fasa pertama. Ia dijangka siap tidak lama lagi.
Tapak anjung yang sudah dibersih dan sementara menunggu tapak empat tiang kontrik kering bagi memasakkan tiang utama, berbagai keperluan pembinaan anjung sudah siap disediakan.


Terima kasih kepada para penyumbang yang membantu menaiktarafkan surau yang berusia sembilan tahun ini!

Program Mingguan Biro

Keterangan gambar: Sdr. Ayob (kanan) turut menemui kaum bapa secara berdepan dan menjelaskan keistimewaan produk.
Keterangan gambar: Puan Salman Bador (tiga dari kiri) menyampaikan motivasi mengenai keluarga bahagia. Turut berada di majlis ini, Sdr Pengerusi PPTSI Wan Lokman (kiri sekali), Sdr Ayob dan Puan Nisa, Ketua Biro Pembangunan Keluarga & Wanita.

Keterangan gambar: Kehadiran ramai kaum ibu mencerikan majlis, tekun mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh Puan Salmah Bador.



Keterangan gambar: Kaum bapa juga tidak ketinggalan menjayakan program kedua anjran Biro Pembangunan Keluarga & Wanita.


Program Motivasi Keluarga Bahagia Siri 1
Salam sejahtera. Ahad lalu, berlansung program kedua anjuran Biro Pembangunan Keluarga & Wanita yang daiadakan di Dewan Komuniti Pangsapuri Taman Subang Impian.
Program Motivasi Keluarga Bahagia Siri (1) berjaya mendapat sambutan ramai khasnya kaum ibu berbanding kaum bapa yang mendengar dengan tekun penerangan dari Puan Salmah Bador dan Sdr Ayob dari Vision Resources.
Selama dua jam pasangan suami-isteri yang juga pengasas produk kebahagiaan rumah tangga, Erotica, menyelami isi hati kaum ibu dan bapa mengenai maksud kerukunan keluarga bahagia.
Di akhir majlis, Sdr Ayob membuka ruang bersoal jawab dengan kaum bapa sementara Puan Salmah tidak terkecuali sibuk melayani kaum ibu yang datang bertanya mengenai produk keluaran syarikatnya.
Majlis berakhir jam 12 tengah hari, juga dihadiri Ketua Biro Pembangunan Keluarga & Wanita, Puan Nisa dan AJK Wanita serta Pengerusi PPTSI, Sdr Wan Lokman dan Setiausaha PPTSI, Sdr Rizal.