Ahad, 28 Jun 2009

Naik Taraf!

keterangan gambar: Sedang dalam proses menaiktaraf anjur surau. Gambar dirakam pada hari Ahad, 28 Jun lalu.



Keterangan gambar: Masih pertingkat tanam cerusuk...


Anjung Surau Saidina Abdul Rahman Bin Auf dinaiktaraf
Salam sejahtera. Bermula Sabtu, 27 Jun lalu kontrak membina Anjung Surau Saidina Abdul Rahman Bin Auf, kini memasuki fasa pertama. Ia dijangka siap tidak lama lagi.
Tapak anjung yang sudah dibersih dan sementara menunggu tapak empat tiang kontrik kering bagi memasakkan tiang utama, berbagai keperluan pembinaan anjung sudah siap disediakan.


Terima kasih kepada para penyumbang yang membantu menaiktarafkan surau yang berusia sembilan tahun ini!

Program Mingguan Biro

Keterangan gambar: Sdr. Ayob (kanan) turut menemui kaum bapa secara berdepan dan menjelaskan keistimewaan produk.
Keterangan gambar: Puan Salman Bador (tiga dari kiri) menyampaikan motivasi mengenai keluarga bahagia. Turut berada di majlis ini, Sdr Pengerusi PPTSI Wan Lokman (kiri sekali), Sdr Ayob dan Puan Nisa, Ketua Biro Pembangunan Keluarga & Wanita.

Keterangan gambar: Kehadiran ramai kaum ibu mencerikan majlis, tekun mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh Puan Salmah Bador.



Keterangan gambar: Kaum bapa juga tidak ketinggalan menjayakan program kedua anjran Biro Pembangunan Keluarga & Wanita.


Program Motivasi Keluarga Bahagia Siri 1
Salam sejahtera. Ahad lalu, berlansung program kedua anjuran Biro Pembangunan Keluarga & Wanita yang daiadakan di Dewan Komuniti Pangsapuri Taman Subang Impian.
Program Motivasi Keluarga Bahagia Siri (1) berjaya mendapat sambutan ramai khasnya kaum ibu berbanding kaum bapa yang mendengar dengan tekun penerangan dari Puan Salmah Bador dan Sdr Ayob dari Vision Resources.
Selama dua jam pasangan suami-isteri yang juga pengasas produk kebahagiaan rumah tangga, Erotica, menyelami isi hati kaum ibu dan bapa mengenai maksud kerukunan keluarga bahagia.
Di akhir majlis, Sdr Ayob membuka ruang bersoal jawab dengan kaum bapa sementara Puan Salmah tidak terkecuali sibuk melayani kaum ibu yang datang bertanya mengenai produk keluaran syarikatnya.
Majlis berakhir jam 12 tengah hari, juga dihadiri Ketua Biro Pembangunan Keluarga & Wanita, Puan Nisa dan AJK Wanita serta Pengerusi PPTSI, Sdr Wan Lokman dan Setiausaha PPTSI, Sdr Rizal.

Jumaat, 26 Jun 2009

Tahniah!

Keterangan gambar: Barisan AJK Biro Pembangunan Keluarga & Wanita 2009 - 2010
Sebalik Tabir Biro Pembangunan Keluarga & Wanita
Tahniah kepada Ketua Biro Pembangunan Keluarga & Wanita berjaya menubuhkan Ahli Jawatan Kuasa seramai 14 pemimpin wanita. Semoga bekerja keras membantu menjadi Biro Pembangunan Keluarga & Wanita mantap dan sentiasa aktif mengadakan berbagai program.
Senarai AJK yang menduduki Biro Pembangunan Keluarga dan Wanita
Pengerusi: Puan Noraini Bt. Md. Isa (E116) norainippsi@gmail.com
Timbalan Pengerusi: Puan Danny Kyairoen Nisa Bt Mohd Khairi (E208) nisappsi@gmail.com
Setiausaha: Puan Arnida Bt Ahmad (E215)
Bendahari: Puan Sabariah Bt Che Meh (C102)
Ketua Blok A: Puan Noraini Bt Ramli (A513)
AJK Wanita Blok A:
Puan Norhamidah Bt Osman (A407)
Puan Siti Noraini Bt Ghoni (A408)
Ketua Blok B & C: Puan Habibah Bt Idin (305)
AJK Wanita Blok B & C:
Puan Mastirah Bt Puah (208)
Puan Norazizah Bt Abd Rahman (C103)
Ketua Blok D: Puan Rusmaniza Bt Othman (D513)
AJK Wanita Blok D:
Puan Salmiza Bt Shamsuddin (D515)
Puan Salina Bt Mat Saad (D110)
Ketua Blok E: Puan Rafidah Bt Kasari (E217)
AJK Wanita Blok E:
Puan Norlaila Bt Zakaria (E203)
Puan Rohaniyah Bt Zahari (E315)

Selamat berjaya dan menyumbang tenaga serta idea.

Ahad, 21 Jun 2009

Aktiviti Hujung Minggu!

Keterangan gambar: Sapu beb, jangan tak sapu...
Keterangan gambar: Santai hilangkan ponat...

Keterangan gambar: Angkut ke lori untuk pembuangan...



Keterangan gambar: Ceria wajah warga Blok C hutan sudah dibersihkan...


Keterangan gambar: Sdr Zali dan Sdr Khamis, bersihkan longkang bimbang nyamuk aedes...










Keterangan gambar: Sdr Zali dan Sdr Zaidi, tekun membersihkan sampah...



Keterangan gambar: Sdr Zaidi, masa untuk bekerja...










Keterangan gambar: Sdr Ibrahim, menyiram pokok...








Keterangan gambar: Dua sahabat dari Blok C, jayakan projek hijaukan alam... Keterangan gambar: Team dari Blok D...ceria











Keterangan gambar: Team Blok A, B & C...siap sedia









Keterangan gambar: Team Blok E...masa untuk bekerja


















Keterangan gambar: Tanam pokok agenda utama...




Keterangan gambar: Pose kenangan sebelum memulakan operasi pembersihan...sepakat membawa berkat!























Keterangan gambar: Sdr Sivarajan, Pengerusi MPP Zon 18 tinggalkan kenangan, menamam pokok...
















Keterangan gambar: Sdr Zazali, sedia untuk mengorek tapak...














Keterangan gambar: Sdr Wan Lokman, Pengerusi PPTSI menerima dana sumbangan MPP Zon 18 dari Sdr Sivarajan.


















Keterangan gambar: Warga pangsasapuri tekun mendengar taklimat sebelum memulakan operasi pembersihan.















Keterangan gambar: Mengaminkan doa mohon mudahan urusan...



















Keterangan gambar: Wak Mus membacakan doa selamat sebelum memulakan program gotong-royong...



















Keterangan gambar: Keceriaan pada wajah Sdr Mazlan Ketua Biro Keselamatan PPTSI...seronoklah tu sambil ditemani oleh Sdr Zazali, Timbalan Pengerusi PPTSI. Kanak-kanakpun ikut gembira...






















































Warga Pangsapuri Subang Impian ceriakan Gotong Royong Perdana
Subang, Shah Alam, Selangor: Aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan perumahan, berjaya menjadi medan suaikenal dan mendapat pujian masyarakat yang mengharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.
Kehadiran pemimpin masyarakat, Sdr Sivarajan, Pengerusi Majlis Pewakilan Penduduk (MPP) Zon 18 menambah lagi kemeriahan program anjuran Biro Penerangan dan Kebajikan, Persatuan Penduduk Taman Subang Impian (PPTSI).
"Saya sangat berbangga kerana sikap perihatin penduduk di Pangsapuri Taman Subang Impian, bersatu hati, meluang masa bersama-sama menjayakan gotong-royong ini.
"Sekiranya budaya ini diteruskan setiap masa, sudah pasti masyarakatnya dapat hidup dengan selamat, bersatu-padu dan sayangkan tempat tinggal kita.
"Kebersihan tempat tinggal akan menjamin tidak adanya pembiakan nyamuk aides. Contohnya, di Taman Perumahan Subang Suria, banyak kes demam denggi berlaku. Oleh itu, saya yakin kegiatan gotong-rotong ini sangat penting dan terus diadakan dari masa ke semasa," kata Sivarajan semasa merasmikan majlis gotong-royong.
Lebih seratus warga Pangsapuri Subang Impian, yang juga ahli PPTSI meluangkan masa menghadiri majlis gotong-royong yang berakhir jam 12.00 tengah hari. Di majlis tersebut, A Sivarasa turut menyampaikan dana kepada Pengerusi PPTSI, Sdr Wan Lokman serta menanam pokok.
Semantara itu, Pengerusi PPTSI, Wan Lokman bersyukur kerana ramai warga penduduk meluang masa, menjayakan program Gotong Royong Perdana.
"Terima kasih kepada Majlis Bandaraya Shah Alam kerana menyediakan beberapa kemudahan peralatan dan warga penduduk yang meluangkan masa menjayakan program ini. Mudah-mudahan dapat diadakan lagi, pada masa akan datang atau lebih kerap, bergantung kepada keadaan semasa," kata Wan Lokman dengan nada ceria.
Kru Biro Pendidikan dan Ekonomi sempat merakam suasana majlis Gotong Royong Perdana 2009 sebagai penghargaan kepada semua warga penduduk yang terlibat.










































Khamis, 18 Jun 2009

Akhbar Minggu Ini!

Jangan sampai timbul fitnah - Mufti
KUALA LUMPUR: Mufti dan tokoh agama menasihatkan pendakwah dan pengacara program agama, Ustaz Akhil Hayy supaya berterus terang mengenai status hubungannya dengan penyanyi Waheeda.
Mereka berpendapat, selagi Ustaz Akhil berdolak-dalik selagi itu ia menimbulkan pelbagai spekulasi dan fitnah di kalangan orang ramai.
Keterangan gambar: Muka Depan akhbar Mingguan Warta Perdana edisi terkini.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Haji Harussani Haji Zakaria berkata, pernikahan harus diisytiharkan dan tidak sepatutnya disembunyikan dari pengetahuan masyarakat.
Katanya, jika disembunyikan dikhuatiri menimbulkan fitnah. “Nasihat saya, Ustaz Akhil perlu berterus terang sama ada sudah berkahwin atau sebaliknya, memandangkan kedua-duanya selebriti yang dikenali ramai.
“Langkah berterus terang ini boleh mengelak cerita yang tidak sedap didengar,” katanya ketika dihubungi.
Beliau memetik sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Jika kamu berkahwin buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.”
Kita digalak mengadakan kenduri walaupun cuma menyembelih seekor kambing, katanya, bertujuan untuk menghebahkan kepada masyarakat perkahwinan kita.
“Tujuan perkahwinan dihebahkan untuk mengelak daripada fitnah,” tambahnya.
Sementara itu, penceramah bebas, Datuk Haji Daud Che Ngah, juga menasihatkan Ustaz Akhil dan pasangannya, Waheeda mengisytiharkan segera status hubungan mereka demi untuk kebaikan bersama.
“Jika sudah berkahwin umumkan saja sudah kahwin dan jika belum katakan berterus terang belum,” tambahnya.
Ustaz Daud berpendapat, Ustaz Akhil perlu umumkan statusnya dengan Waheeda secepat mungkin untuk mempertahankan institusi dakwah di negara ini.
“Jika beliau asyik mendiamkan diri akan ada suara-suara sumbang memperlekeh sikap para pendakwah. Nanti orang tidak percayai lagi pada pendakwah gara-gara isu Ustaz Akhil dan Waheeda,” ujarnya.
Menurut Ustaz Daud, berkahwin itu baik kerana boleh mengelak zina, difitnah serta dapat melaksanakan tugas batin yang dihalalkan.
Beliau memetik ayat al-Quran yang bermaksud: “Antara tanda-tanda kebesaran Allah menciptakan isteri dari kalangan kamu untuk membolehkan kami mendapat rahmat, supaya kamu boleh tinggal bersamanya dan membentuk kasih sayang (perhubungan intim yang dihalalkan) dan akhirnya mendapat rahmat (rumah tangga aman dapat anak-anak yang akan mendoakan pada kita kelak)”.
Sebaliknya, kata Ustaz Daud, jika tidak mengisytiharkan perkahwinan kita pasti berdepan dengan fitnah.
Seorang lagi penceramah bebas, Ustaz Hasan Mahmud Al-Hafiz juga mahukan Ustaz Akhil dan Waheeda berterus terang mengenai status hubungan mereka.
Beliau memetik hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sebesar-besar sunah nabi adalah perkahwinan yang membawa berkat. Salah satu keberkatan itu mengisytiharkannya pada orang ramai”.
Ustaz Hasan berkata, sikap Ustaz Akhil dan Waheeda masih membisu boleh mengundang pandangan negatif masyarakat pada mereka.
“Saya ingin menceritakan sebuah kisah Nabi Muhammad s.a.w yang waktu itu sedang berjalan dengan isterinya, Saudah.
“Dalam masa sama dua rakan nabi yang berjalan di kawasan itu telah memilih jalan jauh kerana tidak mahu terserempak dengan nabi. Akhirnya mereka salah sangka, menuduh nabi bercakap dengan seorang perempuan, sedangkan nabi bersama isterinya yang sah.
“Ustaz Akhil perlu menunjukkan contoh terbaik, jangan terus berselindung,” ujar Ustaz Hasan.
Beliau berkata, berkahwin merupakan sunah nabi. Bagi lelaki yang mahu menjadi imam perlu berkahwin terlebih dahulu. Begitu mulianya orang berkahwin.
“Jika kita sudah berkahwin perlulah mengisytiharkannya kerana banyak kelebihan, antaranya panjang umur, sihat, jiwa tenang, ekonomi teguh kerana timbul kesedaran kumpul wang untuk kebahagiaan keluarga,” ujar Hassan.
Hubungan pasangan Ustaz Akhil dan Waheeda menimbulkan kontroversi apabila isteri Ustaz Akhil, Maizawati Zainal,33, mengesyaki suaminya bernikah secara senyap dengan Waheeda sejak tiga bulan lalu.
Sejak itu, kata Maizawati, Ustaz Akhil tidak pulang ke rumah mereka di Perak serta mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah zahir batin.
Kes perceraian Ustaz Akhil dan Maizawati akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 15 Julai ini.

Rabu, 17 Jun 2009

Aktiviti!

Program Gotong Royong Perdana
Salam sejehtera.
Persatuan Penduduk Taman Subang Impian menjemput semua penghuni pangsapuri meluangkan masa selama beberapa jam bersama-sama penghuni lain bagi menjayakan aktiviti bergotong royong.

Tarikh: 21 Jun 2009, Ahad
Waktu: 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Aturcara program:
8.00 pagi: Berkumpul di padang permainan kanak-kanak diikuti sarapan pagi.
8.30 pagi: Pecahan kumpulan para peserta dan pengagihan peralatan.
8.45 pagi: Aktivi gotong-royong dijalankan mengikut kumpulan.
12.30 tengah hari: Program selesai.
Semua penduduk diharap dapat meluangkan masa bersama keluarga memeriahkan lagi aktiviti demi kebersihan taman kita. Ingatkan, kebersihan dan keselesaan, untuk kita juga.
Jom, beramai-ramai berkongsi keringat demi persekitaran yang lebih selamat!
Keterangan gambar: Sdr Wan Lokman, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Subang Impian.

Selasa, 16 Jun 2009

Info Biro Sukan & Rekreasi

Peranan, Tanggung Jawab Biro Sukan & Rekreasi
Perpatah Arab yang berbunyi `Akal yang cergas datang dari badan yang sihat’. Dengan itu badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim samada apa sahaja profesyen yang dia ceburi.


Keterangan gambar: Pasangan serasi: Sdr Muhammad Fahmi, Sdr Muzammir pimpin Biro Sukan & Rekreasi


Oleh itu Islam amat menekankan agar peraturan dan panduan Islam di patuhi dalam semua aspek termasuk dalam aktiviti sukan yang amat di galakkan dalam Islam.
Marilah kita bersama-sama menggerakkan aktiviti sukan untuk kekuatan dan kesihatan badan agar dapat melahirkan minda yang sihat dan cergas untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat sebagaimana yang kehendaki oleh Pencipta yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui iaitu Allah SWT. Di waktu yang sama kita jangan lupa bahawa Allah sentiasa memperhatikan kita dan setiap perbuatan baik dan buruk yang kita lakukan akan di catit dan menerima balasan yang setimpal.
Tugasan yang akan dilaksanakan
1. Merancang dan melaksanakan aktiviti sukaneka/riadah dengan persetujuan persatuan.
2. Memastikan semua ahli terlibat dalam aktiviti sukan.
3. Memastikan jadual aktiviti sukan tersusun dan tidak bertindih dengan program lain.
4. Memastikan keadaan gelanggang/padang dan peralatan selamat untuk digunakan.
5. Memastikan alatan sukan mencukupi dan membuat laporan jika perlu.
6. Menguruskan rekod keluar masuk/pinjaman alatan sukan.
7. Melahirkan golongan pegawai-pegawai yang cergas dan mewujudkan suasana kerja yang sihat dan harmoni
8. Mengeratkan silaturahim dan semangat kesukanan yang tinggi antara semua anggota di jabatan, agensi-agensi dan sektor swasta
9. Mewujudkan golongan pegawai yang sentiasa bekerjasama, sepakat dan bertoleransi dalam urusan harian; dan
10. Mengatur acara-acara atau aktiviti sukan dan kecergasan setiap minggu atau bulan.
Sementara itu, Biro Sukan dan Rekreasi sedang merangka program sukaneka keluarga PPSI di kawasan padang berdekatan. Bagaimanapun ia masih diperingkat cadangan. Sekiranya anda mempunyai idea atau buah fikiran, bagi menjayakan program ini, atau ingin membantu menaja acara sukaneka ini, hubungi Sdr Muhammad Fahmi.
Biro Sukan dan Rekreasi ditubuhkan pada 12 Jun 2009, dipimpin oleh SDR MUHAMMAD FAHMI AHMAD (D214) 013-3632349 muhammadfahmippsi@gmail.com dan SDR MUZAMIR BIN ALI (D102) 012-2335832 muzamirppsi@gmail.com
Sekiranya ada kalangan ahli PPSI yang ingin meluahkan isi hati atau mencadangkan sesuatu ide memajukan biro ini, hubungi atau e-mel kepada mereka, apa yang tersirat, bila-bila masa. Komen yang positif, amatlah dialu-alukan.