Sabtu, 13 Jun 2009

Terkini!

Inilah senarai AJK yang dikemaskini pada 12 Jun lalu bagi sesi 2009-2010
AJK PPTSI SESI 2009-2010
PENGERUSI
WAN LOKMAN BIN WAN MOHD YUSOF (D215) 012-2209178 lokman.yusof@yahoo.com
TIMBALAN PENGERUSI
ZAZALI MOHAMED (B309) 012-6920241 zaza_li@yahoo.com.my
SETIAUSAHA
AHMAD RIZAL BIN ISNIN (D116) 019-2710343 rizall71.@yahoo.com
TIMBALAN SETIAUSAHA
WAN ALWI BIN WAN MOHD ALIM (D407) 012-6920241 wan.alwi.alim@gmail.com
BENDAHARI
MOHD FIRDAUS PHILIP (B321) 017-2794002 mohdfird@yahoo.com
----------------------------------------------------
KETUA BLOK A
MOHD FAUZI BIN MAT ISA (A307) 016-3671351 mohdfauzippsi@gmail.com
KETUA BLOK B & C
MOHAMED FAIZAL BIN ABDUL WAHAB (B111) 016-3127679 mohamedfaizalppsi@gmail.com
KETUA BLOK D
KHAMIS BODIN (D512) 017-6056424 khamisppsi@gmail.com
KETUA BLOK E
ZAKARIA BIN SAMAD (E305) 016-2890736 zakariappsi@gmail.com
--------------------------------------------------
AHLI JAWATANKUASA (AJK)
BIRO WANITA & PEMBANGUNAN KELUARGA
NORAINI BT.MAT ISA (E116) 013-2970633 norainippsi@gmail.com
DANNY KYAIROEN NISA MOHD KAIRI (E208) 019-3877293 nisappsi@gmail.com
BIRO PENDIDIKAN & EKONOMI
SAINI BIN KULOP KECHIL @ZAINIZAA (D511) 016-2721582 zainizaa1pptsi@gmailcom
CHIEW KENG SWEE (A202) 012-3088013 chiew@pacificinter-link.com
BIRO KESELAMATAN & SOSIAL
MAZLAN BIN CHE HASSAN (D506) 013-30466986 mazlanppsi@gmail.com
SUHAIMIN BIN MUSTAFA (E115) 019-2552429 suhaimippsi@gmail.com
THIAGARAJAH (E108) 016-6834745 thiagarajahppsi@gmail.com
BIRO AGAMA
WAN ALWI BIN WAN MOHD ALIM (D407) 012-6920241 wan.alwi.alim@gmail.com
RUSNAN YAACOB (E120) 019-3039601 rusnan@sirim.my
BIRO SUKAN & REKREASI
MUHAMMAD FAHMI AHMAD (D214) 013-3632349 muhammadfahmippsi@gmail.com
MUZAMIR BIN ALI (D102) 012-2335832 muzamirppsi@gmail.com
BIRO PENERANGAN & KEBAJIKAN
ZAZALI MOHAMED (B309) 012-6920241 zaza_li@yahoo.com.my
SOBRI AHMAD (C104) 012-2356909 sobrippsi@gmail.com

Aktiviti Kerohanian!


Ceramah ilmu sempena Hari Ibu 2009 di Surau Saidina Abdul Rahman Bin Auf
MASIH tidak terlewat lagi bagi meraikan sambutan Hari Ibu 2009. Justeru itu insiatif Jawatankuasa Surau Saidina Abdul Rahman Bin Auf, Pangsapuri Taman Subang Impian, mengadakan majlis tersebut, amat dialu-alukan.
Perpatah Melayu ada mengatakan, hayunan buaian ibu, mampu mengegarkan dunia, sudah menjadi teras kepada kejayaan wanita khasnya kaum muslimah hari ini.
Oleh itu, majlis ini yang diadakan pada 14 Jun 2009, dengan diceriakan kehadiran penceramah bebas yang juga pendakwah terkenal, yang berbahagia, Ustazah Aminah Binti Ahmad, mampu merealisasi dan memantapkan lagi peranan para ibu di era 21 ini.
Difahamkam beliau akan menyampaikan isi ceramah berkisar pengorbanan para ibu dan peranan wanita Islam hari ini melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan tauladan kepada orang lain.
Program ini dijangka bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengah hari. Muslimin dan muslimat khasnya ahli Persatuan Penduduk Taman Subang Impian yang beragama Islam, dijemput memeriahkan majlis yang diadakan setahun sekali ini.
Mudah-mudahan, banyak manfaat dapat diperolehi sekiranya menghadiri majlis ilmu seumpama ini. Selamat berjaya.

Kenali Biro Agama

Peranan Tugas & Tanggung Jawab Biro Agama
“Biro ini mempunyai komitmen yang luas dan sangat penting dalam melahirkan genarasi yang berakhlak dan memperjuangkan amanah yang dipikul. Kejayaan Biro ini bersandarkan ikhlas melakukan tanggung jawab dengan tulus. Tanpa komitmen yang padu darai masyarat khasnya yang beragama Islam, sukar untuk dijayakan program yang dirancangkan."
Antara tugasan atau assigment yang bakal dilaksanakan ialah
1. Merancang dan melaksanakan aktiviti kerohanian.
2. Memastikan berjalan dengan lancer dan penuh komited.
3. Membentuk sahsiah dan peribadi yang mulia.
4. Memastikan ikatan persaudaraan/ukhuwah sesama ahli terjalin dengan baik.
Biro ini di tubuhkan pada 12 Mei 2009 diketuai oleh Sdr WAN ALWI BIN WAN MOHD ALIM, D407 012-6920241 wan.alwi.alim@gmail.com yang juga Timbalan Setiausaha PPSI. Selain beliau turut membantu perjalanan Biro ini ialah RUSNAN YAACOB, E120 019-3039601 rusnan@sirim.my
Sekiranya kalangan ahli yang ingin menyuarakan pendapat sila e-mel atau menghubungi terus kepada mereka. Cadangan yang bernas adalah dialu-alukan bagai mengukuhkan kelicinan Biro ini di masa depan.
Keterangan gambar: Sdr Rusnan dan Wan Alwi, menerajui Biro Agama

Rabu, 3 Jun 2009

Akhbar Minggu Ini...


SAYA HANYA MAMPU BERDOA
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon popular, Norwahidah Abdul Wahab atau Waheeda yang dikaitkan sebagai punca perceraian Akhil Hayy dan Maizawati Zainal enggan ‘mencampuri’ lagi isu pergolakan rumah tangga pasangan itu.
Beliau hanya berharap kebenaran dapat dirungkaikan tidak lama lagi.
“Saya hanya mampu berdoa dan melakukan solat hajat setiap malam supaya kebenarannya akan diketahui juga,” luah Waheeda ringkas.
Sementara itu, Akhil Hayy pula memberitahu wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh beliau akan cuba selesaikan kemelut rumah tangganya dengan Maizawati secara makruf.
“Saya tak nak bagi komen. Saya akan selesaikan dengan cara paling makruf.
“Saya akan buat yang terbaik dan telah dinasihatkan jangan perbesarkan isu ini,” kata Akhil.
Namun di sebalik riak tenang di wajahnya, hos program ‘Cafe Akhil Hayy’ itu sempat memberi komen sinis: “Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV.”
Tuntutan cerai yang dikemukakan Maizawati didengar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd Ridhuan Yusof, Selasa lalu.
Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan kepada 15 Julai depan disebabkan dokumen tidak lengkap.
Pendedahan Maizawati bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda sememangnya amat ‘panas’ apatah lagi bila Maizawati cukup ‘berani’ mengeluarkan kenyataan kepada media mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya itu sehingga dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.
Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku hubungannya dengan Waheeda.
Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan penyanyi itu kini apatah lagi Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.
Kata Maizawati lagi, dia terpaksa mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru.
Bagaimanapun pendirian Maizawati mulai goyah apabila kawan-kawannya menasihatkannya agar tidak meneruskan niat untuk bercerai.
“Apa pun tunggulah 15 Julai. Saya tak boleh cakap lagi. Ramai kawan-kawan nasihat jangan bercerai. Kata mereka, kalau minta cerai, saya kelihatan seperti tewas...,” kata Maizawati.

Berita Panas!


Dr Mujahid: Akhil perlu tangani masalah dengan bijak
PASTINYA bukan mudah menjadi ‘public figure’ dalam masyarakat, lebih-lebih lagi bila kita punya latar belakang agama yang kuat.
Apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi ukuran, yang akan dinilai baik atau buruknya.
Jika apa yang melanda itu melibatkan peribadi lebih-lebih lagi kisah kontrvresi pastilah ia cepat dinilai dari aspek negatif.
Maka hilanglah ‘imej bersih dan baik’ yang dipaparkan kepada masyarakat maka timbulah pula cemuhan dan cacian kepada si empunya diri.
Itulah harga yang perlu dibayar oleh penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy. Semuanya bermula gara-gara akil digosipkan bercinta dengan penyanyi kelahiran Johor Bharu, Waheeda Abdul Wahab.
Rentetan penafian kedua-dua selebriti ini, akhirnya tidak dapat diselindungi lagi apabila isterinya, Maizawati Zainal membuat kenyataan media bahawa dia telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Ipoh awal bulan Mei lalu.
Natijahnya, bukan sahaja si suami menerima tempias dek gosip yang melanda malah ahli keluarga dan sanak-saudara terdekat juga tidak terkecuali menjadi sasaran untuk menanyakan hal sebenar yang melanda Akhil.
Semestinya ramai tidak tahu nama sebenar Akil adalah Akhil Hayy Rawa. Ayahnya juga dikenali sebagai tokoh agama yang disegani.
Kesempatan menemui sepupu Akhil iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa membuat penulis tidak melepaskan peluang menanyakan soalan berikutan kontroversi pergolakan rumahtangga Akhil yang masih menjadi bualan ramai.
Walaupun pada mulanya, Dr Mujahid nampak tidak selesa dengan soalan tersebut nyata dia tidak lokek berkongsi kisah mengenai Akhil yang merupakan pangkat dua pupunya.
“Sebenarnya, ayah dia dengan ayah saya kenal dan sangat rapat..Keluarga ayah Akhil dan ayah saya punya sebuah kedai buku di Pulau Pinang.
“Hubungan keluarga kedua belah pihak rapat Cuma saya tak mengenali Akhil secara peribadi kerana dia dibesarkan di Gopeng oleh neneknya. Saya lebih rapat dengan Abang kepada Akhil iaitu Isa,” katanya selepas temubual berkaitan dengan pemilihan Muktamar PAS ke-55 di Hotel Grand Bluwave baru-baru ini.
“Saya memang tidak rapat dengan beliau cuma apa yang dapat saya katakan di sini saya bersimpati kepada Akhil atas apa yang menimpanya bukan sahaja sebagai ‘sepupu kedua’ malah sebagai peminatnya,” katanya.
Jelas Mujahid yang juga calon Naib Presiden PAS ini, bukan hanya beliau meminati Akhil malah anak dan isterinya turut meminati Akil.
Mengulas lanjut mengenai isu tersebut beliau berkata, sebelum ‘gosip panas’ melanda Akhil beliau sering menjemput Akhil untuk berceramah menggunakan platform PAS.
“Kadang-kadang tu bila saya pergi ceramah, anak saya nak ikut semata-mata nak tengok Akhil berceramah, bukan dia nak dengar ayah dia ceramah.
“Mungkin dia (Akhil) tidak minta isu ini terjadi lebih-lebih lagi dia sebagai selebriti yang dikenali. Isu ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada personaliti beliau (Akil),” katanya.
Menurut Mujahid, pada awalnya beliau amat terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Akhil hingga beliau tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku ke atas sepupunya itu.
Namun pada masa yang sama, Mujahid yang juga bekas anak kepada Presiden PAS yang ke-3 Yusof Rawa ini sedia menawarkan khidmat nasihat dan sokongan moral sekiranya Akil memerlukannya.
Tambah Mujahid, walaupun perhubungannya dan Akhil tidak rapat dia turut berbangga dengan populariti yang dimiliki sepupunya itu.
“Kadang-kadang apabila orang ramai kata, Mujahid awak ni sepupu Akhil Hayy kan? Nanti sampaikan salam saya pada dia ye?. Kita pun tumpang seronok dengan dia. Dia (Akil) punya personaliti yang tersendiri.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar ini tidak lokek menitipkan nasihat buat Akhil agar bijak menangani apa jua rintangan yang melandanya ketika ini.
“Cuma saat ini, apa yang boleh saya nasihatkan kepada dia (Akhil) adalah, banyak-banyakkan bersabar dan minta petunjuk daripada Allah. Mungkin itu jalan penyelesaian terbaik. Pasti ada hikmah atas apa yang berlaku,” katanya. - Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

Rabu, 27 Mei 2009

Akhbar Minggu Ini

Bukti Ustaz Akhil nikah Waheeda
Oleh: M Rozi Hassan
KUALA LUMPUR: Seorang pendakwah bebas mendakwa mempunyai bukti bahawa Ustaz Akhil Hayy, 40, sudah berkahwin dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab atau Waheeda Wassini, 31, kira-kira tiga bulan lalu.
Pendakwah itu mendakwa kenal jurunikah yang menikahkan pasangan itu serta lokasi majlis akad nikah pasangan itu berlangsung.
“Saya hampir 10 tahun kenal Ustaz Akhil. Pendek kata, luar dalam semua saya tahu tentang rahsia Ustaz Akhil.
“Berita dia kahwin dengan Waheeda pun dalam pengetahuan saya dan dia tidak boleh sorok dengan saya,” katanya yang mengaku bersahabat baik dengan pengacara itu.
Desas-desus menyatakan Ustaz Akhil berkahwin dengan Waheeda sudah lama tersebar namun pasangan itu menafikan sekeras-kerasnya.
Tindakan pasangan itu menafikan hubungan mereka bukan saja menimbulkan tanda-tanya di kalangan peminat, malah isteri Ustaz Akhil, Maizawati Zainal, 33, tidak dapat menghidu rahsia suaminya.
Maizawati dalam pendedahannya di sebuah stesen TV baru-baru ini berkata, Ustaz Akhil pernah meminta izinnya untuk berkahwin dengan Waheeda, namun dia tidak tahu sama ada suaminya itu sudah berkahwin atau tidak.
Maizawati kini menuntut cerai daripada Ustaz Akhil untuk membina kehidupan baru, disebabkan suaminya sejak Februari lalu tidak pulang ke rumah dan hilang tanpa khabar berita.
Mengulas kemelut rumah tangga pendakwah itu, penceramah bebas itu menasihati Ustaz Akhil supaya tampil mengumumkan perkara sebenar hubungannya dengan Waheeda bagi mengelak tanggapan lebih buruk oleh masyarakat.
“Pasangan itu tidak perlu menyembunyikan pernikahan mereka kerana cara itu bukanlah langkah yang bijak .
“Sampai bila mereka hendak berbuat demikian sebab mereka bukannya buat maksiat,” katanya.

Sabtu, 23 Mei 2009

Hujung Minggu...











Masa untuk bekerja
Satu daripada aktiviti sukan yang mendapat sambutan ialah bola tampar. Sukan ini bagaimanapun perlukan masa untuk diperbaiki dan diperkemaskan.
Trio bola tampar, Sdr Zaidi, Sdr Firdaus dan Sdr Azlin meluangkan masa memasang tuil bagi memudahkan jaringan di buka dan dipasang.
Sebelum itu gerak kerjaya gotong royong bermula jam 9.00 pagi bagi membersihkan bangunan kosong di belakang dewan komuniti bagi menempatkan pejabat baru PPSI.
Selain itu beberapa kerja pembersihan tapak sukan untuk kelihatan selamat dan dapat bermain dengan lapang. ramai antara sahabat PPSI yang terlibat. Apapun diucapkan jutaan terima kasih kerana meluahkan masa.
Barangkali kalau ada modal bolehlah pasang lampu simbah untuk bermain pada malam hari atau disediakan kerusi batu untuk duduk menyaksikan perlawanan.
TERBARU!
Sdra Zali dari D516 telah menyumbangkan dua spotlight yang dipasang pada dinding Dewan Komuniti bagi memudahkan latihan bola tampar atau sepak takraw pada malam hari. Terima kasih kepada Sdr Zali atas sumbangan berharga itu dari seluruh ahli Kelab Sukan dan Sosial PPSI.
Jika Biro Sukan mempunyai bajet, apa kata di bina penjalan kaki refleksi sejauh 50 meter. Tentu ramai yang sanggup melabur dalam projek mini ini...komen sikit Sdr Fahmi dan Sdr Amir!